Akaun kukac.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
KuKac Nut Butter

MAHU DIET TAPI TIDAK MAHU TERLEPAS SNEK YANG SEDAP?


Sama ada mahu diet untuk turunkan berat badan ataupun untuk menjaga kesihatan, ada 1 perkara penting yang anda perlu jaga iaitu…


Mengawal pemakanan


Bila diet, bukanlah bermaksud anda tak boleh langsung makan snek atau jajan. Boleh, tapi pastikan snek itu baik untuk diet anda.


Lagi baik kalau snek itu dapat membantu diet anda!


“Tapi ada ke snek yang macam tu?”


Menyedari masalah yang kerap dihadapi oleh orang Malaysia (nak diet tapi taknak terlepas snek setiap masa), maka kami menghasilkan Homemade Peanut Butter KUKAC 100% all natural khas untuk anda!


Dengan snek ringkas ini, anda mampu menghasilkan snek atau sarapan utama yang bukan sahaja sangat sedap, malah sangat berkhasiat dan mampu membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh masa yang lebih lama.


Memang sesuai sangat untuk diet anda, bukan?


.

.


Apa snek yang anda boleh hasilkan dengan Homemade Peanut Butter KUKAC? 


 

1. Toast + Banana + Peanut Butter


2. French Toast + Peanut Butter


3. Overnigh Oat + Peanut Butter + Mix Fruits


4. Waffle + Peanut Butter


5. Wrap + Banana + Peanut Butter + Choc Chip


6. Wrap + Peanut Butter


7. Pancakes + Peanut Butter


8. Milk shake + Peanut Butter


9. Popcorn + Peanut Butter


Saya paling suka no. 5. Anda pula? 


Apapun, semuanya sangat sedap, cukup mudah dibuat dan paling penting, cukup berkhasiat!


Banyak lagi menu lain yang anda boleh hasilkan hanya dengan mentega kacang. Sama ada dimakan begitu saja atau kombinasi makanan di atas, semuanya sangat enak dan mengenyangkan! Memang sangat sesuai bagi mereka yang ingin diet seperti anda.



-------------

ADA HADIAH UNTUK ANDA.

Tahniah kerana anda telah membaca sejauh ini. Berita baik, kami mahu memberikan anda FREE GIFT Kitchen Timer comel seperti dibawah yang bernilai RM10. Stok adalah terhad, jadi bertindak pantas ye.



APA KEBAIKAN YANG ANDA DAPAT?


1. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Mentega kacang mengandungi lemak yang tidak tepu, selain kaya dengan protein yang tinggi. Fungsi lemak ini untuk melindungi kesihatan jantung daripada penyakit berbahaya kardiovaskular. Ia juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah yang juga menurunkan peluang untuk pengembangan penyakit jantung.

2. Baik Untuk Saluran Pencernaan

Mentega kacang dipercayai mempunyai serat yang amat baik bersama dengan nutrisi dan protein lain. Serat sememangnya amat pentng untuk kesihatan badan terutama yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

3. Baik Untuk Membina Otot

Kandungan protein yang terdapat di dalam mentega kacang sangat penting untuk memperbaiki dan juga pembinaan otot. Mentega kacang juga akan membuatkan perut anda lebih kenyang sekiranya diambil pada waktu pagi iaitu untuk sarapan.

4. Baik Untuk Menguatkan Tulang

Mentega kacang mengandungi magnesium dan kalsium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Ia bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, malahan sangat baik untuk orang dewasa bagi mencegah osteoporosis.

Satu hidangan mentega kacang memberikan anda sekurang-kurangnya 3 mg antioksidan vitamin E. Anda juga akan mendapat khasiat magnesium (kira-kira 49g) yang sangat baik untuk membina tulang dan pemulihan otot serta sejumlah kecil daripada vitamin B6 (0.17mg) tetapi masih membantu meningkat imuniti anda.

5. Baik untuk Kesihatan Kulit

Mentega kacang mengandungi magnesium, antioksidan, serat, kalium, protein dan lemak tepu yang dikatakan sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

6. Bagus untuk mengurangkan berat badan

Mentega kacang mampu mengawal rasa lapar yang menjadi punca makan berlebihan, sekaligus menaikkan berat badan anda.. 



“Apa yang membezakan peanut butter KUKAC dengan peanut butter yang dijual di pasaran?”


Homemade peanut butter KUKAC adalah 100% natural, 


[x] Tiada bahan pengawet 

[x] Tiada gula tambahan

[x] Tiada perisa dan perasa tambahan


Kerana itulah peanut butter kami sangat sesuai untuk mereka yang ingin diet seperti anda.


Kami menyediakan 4 variasi:

1. Peanut Butter Ori Smooth - 99.9% kacang panggang dan hanya sedikit garam .. Mesra diet, berkrim dan halus.

2. Peanut Butter Choco - 90% kacang panggang, sedikit garam dan coklat. Rasa coklat pekat yang sedikit pahit dan tidak terlalu manis. 

3. Peanut Butter Oreo - 90% kacang panggang, sedikit garam dan padat dengan oreo, diadun bersama untuk rasa yang lebih enak dan sedikit rangup oreo. Oreo sememangnya terkenal untuk semua snek dan kudap-kudapan.

4. Peanut Butter All Black - Kombinasi hebat kacang panggang asli dan tulen dengan coklat dan oreo yang paling popular dengan tekstur berkrim dan halus. Mempunyai rasa tersendiri yang mesti anda cuba!

Selain diatas, KUKAC juga ada menyediakan Premium Nut Butter. Mempunyai rasa tersendiri yang penuh krim, pekat dan kaya dengan khasiat tersendiri. Terdapat 2 pilihan:

1. Almond Nut Butter - 99.9% kacang almond (badam) panggang dan sedikit garam.
2. Cashew Nut Butter - 99.9% kacang cashew (gajus) panggang dan sedikit garam.

Perincian seperti dibawah:

1. PEANUT BUTTER ORIGINAL SMOOTH ➡ RM17
✅100% roasted peanut + himalayan salt
✅ Nett weight 350+- gram

2. PEANUT BUTTER CHOCOLATE ➡ RM17
✅100% roasted peanut + himalayan salt + choc chip
✅ Nett weight 350+- gram

3. PEANUT BUTTER OREO ➡ RM17
✅100% roasted peanut + himalayan salt + oreo
✅ Nett weight 350+- gram

4. PEANUT BUTTER ALL BLACK ➡ RM19
✅ 100% roasted peanut + himalayan salt + choc chip + oreo
✅ Nett weight 350+- gram


5. Premium Cashew Nut Butter ➡ RM27
✅ 100% roasted cashew nut + himalayan salt. 
✅ Nett weight 220+- gram

6. Premium Almond Nut Butter ➡ RM27
✅ 100% roasted almond nut + himalayan salt.
✅ Nett weight 220+- gram

SIAPA KAMI?

KUKAC NUT BUTTER adalah produk buatan tempatan jenama Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Jenama kami menggunakan slogan “Ohsem.Real.Nut.”


KUKAC NUT BUTTER menawarkan dimensi keenakan mentega kacang yang cukup berbeza dan luar biasa. Dengan bahan-bahan organik dan semulajadi sepenuhnya, kami amat yakin KUKAC NUT BUTTER akan membawa anda kembara ke dunia keenakan tanpa perlu melupakan diet anda!


Kenapa KUKAC?


KUKAC adalah ringkasan dari KUAH KACANG.


Baru ditubuhkan pada tahun 2020, kami yakin produk ini akan terus berkembang pesat atas bantuan pelanggan yang berpuas hati dengan produk ini, seperti anda.


Oh ya, baru-baru ini kami dikunjungi oleh wakil Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia. Cerita kami ini ada dipaparkan di FB page seperti di bawah:



Link FB page Yayasan Hasanah di SINI ⤵

https://www.facebook.com/1230262593721646/posts/3371050679642816/

Adakah KUKAC HALAL?

Sememangnya Ya! Walaupun kami belum mendapat sijil HALAL JAKIM, semua bahan yang digunakan adalah dari pembekal yang disahkan HALAL. Sebenarnya, ia adalah produk Bumiputra dan Muslim 100%.

Terima kasih atas sokongan anda! Kami menghargai kepercayaan anda terhadap produk kami.



Jaminan kesegaran!


Bagi menjamin kualiti dan kesegaran, kami hanya memproses setelah menerima tempahan anda. Maknanya, kami buat dan proses khas untuk anda!


Inilah rahsia kami mampu menghasilkan peanut butter tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan kerana kami hanya membuatnya khas selepas menerima tempahan dari anda.


“Wow, sangat menarik ni! Sudahlah natural, tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan, fresh pula tu! Memang takkan dapat peanut butter macam ni kat tempat lain. Macam mana nak beli ya?”


Mudah saja. Anda boleh terus membuat belian di bawah ya:


__

PS: Diet, diet juga. KUKAC jangan dilupa. =)